Home Nasional Pelan transformasi ekonomi bumiputera dibentang minggu hadapan – Ahmad Zahid
Nasional

Pelan transformasi ekonomi bumiputera dibentang minggu hadapan – Ahmad Zahid

Pelan transformasi ekonomi bumiputera dibentang minggu hadapan – Ahmad Zahid

Foto: FB Zahid Hamidi

PUTRAJAYA, 18 Julai- Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035, yang dapat memberi keberhasilan tuntas kepada pembangunan negara, bukan sahaja dari sudut ekonomi Bumiputera tetapi manfaat kepada pembangunan negara secara holistik, akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera pada minggu hadapan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata inisiatif dan strategi yang bersesuaian untuk dimasukkan dalam pelan itu, telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan) Majlis Ekonomi Bumiputera (JPMEB), yang diadakan di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Mesyuarat itu, yang turut dihadiri Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Ketua Setiausaha yang terpilih dan wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC), diadakan susulan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024, pada awal Mac lepas.

“Tumpuan mesyuarat ini bagi membincangkan Draf Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera dan mendapatkan persetujuan berkaitan strategi dan inisiatif yang bersesuaian, sebelum dibentangkan di dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera pada minggu hadapan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Ahmad Zahid berkata penganjuran KEB 2024, telah menggariskan beberapa tumpuan utama untuk memperkasa ekonomi bumiputera seperti pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), pengurusan tanah, wakaf, mengindustrikan pertanian dan ternakan, penubuhan suruhanjaya ekonomi gig dan industri halal. -BERNAMA

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...