Home Nasional Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Mac– Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030 dijadual dilancarkan pada Mei depan.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata ia bakal dilancar bersama Visi Komuniti ASEAN 2045 bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan.

\”Dalam hal ini, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, adalah penting bagi Malaysia terus memainkan peranan yang proaktif dan progresif untuk menerajui agenda ASEAN ke arah merealisasikan pembentukan AEC Strategic Plan yang dipersetujui secara sebulat suara oleh negara-negara anggota ASEAN\”, katanya dalam sesi Dewan Negara.

Ketika ini pelan itu sedang dimuktamadkan komuniti ASEAN merangkumi elemen matlamat, objektif serta langkah strategik yang digubal daripada dokumen hala tuju berkenaan.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datin Ros Suryati Alang.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...