Home Nasional Pelan Putrajaya Sihat Sejahtera dilulus, tingkat kesihatan penjawat awam
Nasional

Pelan Putrajaya Sihat Sejahtera dilulus, tingkat kesihatan penjawat awam

Pelan Putrajaya Sihat Sejahtera dilulus, tingkat kesihatan penjawat awam

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), di Putrajaya, hari ini / Foto FB Zahid Hamidi

PUTRAJAYA, 24 September – Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) hari ini meluluskan Pelan Strategik Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) sebagai salah satu inisiatif di bawah ANMS.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet ANMS berkata pelan tersebut bertujuan meningkatkan kesihatan penjawat awam agar mereka dapat berfungsi secara produktif dalam pembangunan negara.

\”Pelan ini menggariskan strategi dan sasaran menjelang 2030, dengan fokus kepada menurunkan prevalen faktor risiko kesihatan dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya.

PSS akan dilaksanakan bermula fasa rintis 2024-2025, dengan tinjauan asas kesihatan dilakukan tahun ini dan keberkesanan dinilai pada akhir 2025,\” katanya menerusi kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat itu, di sini.

Tambah Ahmad Zahid, antara strategi PSS termasuk meningkatkan literasi kesihatan, pembudayaan hidup sihat dan mengukuhkan persekitaran yang menyokong kesejahteraan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....