Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Pelaksanaan sah laku pasport 10 tahun, diperhalusi
Nasional

Pelaksanaan sah laku pasport 10 tahun, diperhalusi

Pelaksanaan sah laku pasport 10 tahun, diperhalusi

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA, 22 Julai-Pelaksanaan pengeluaran pasport bagi tempoh sah laku selama 10 tahun kini berada dalam fasa akhir.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, kementeriannya menerusi Jabatan Imigresen (JIM) sedang memperhalusi pelaksanaan pengeluaran pasport itu daripada pelbagai aspek sebelum mengumumkan tarikh pelaksanaannya.

\”Kami sedang memperhalusi perkara ini bagi fasa-fasa akhir, sekarang sudah bulan Julai, ia tidak akan mengambil masa yang lama. Kita akan selesaikan dalam masa terdekat.

\”Tahun lepas bilangan rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara merekodkan 139.8 juta, untuk tahun ini sudah 65.5 juta. Ini rekod rakyat Malaysia yang keluar negara.

\”Jadi, pasport 5 tahun ini kadang-kadang banyak cop, contohlah. Saya fikir kelompok ini kalau diberi pilihan ada pasport 10 tahun, jadi mungkin dia ambil. Tetapi bayarannya juga akan bertambah, sebab mempunyai muka surat yang lebih,\” katanya.

SebelumSaifuddin memaklumkan pelaksanaan tempoh sah laku pasport yang panjang bukan perkara baharu kerana negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura selain Amerika Syarikat serta Itali turut mengeluarkan pasport untuk tempoh 10 tahun.

Pada masa sama JIM bertekad mengekalkan kepantasan pengeluaran pasport Malaysia iaitu kira-kira satu jam bagi proses secara fizikal serta memastikan ciri-ciri keselamatannya berada pada tahap terbaik.

Pasport Malaysia menduduki tempat ke-11 pasport paling berkuasa di dunia menerusi Ranking Global Pasport Power Rank 2024 yang dikeluarkan oleh passportindex.org.

Dalam pada itu penggunaan Kod Respons Pantas (QR) berbanding pasport untuk pelepasan imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor Bahru mendapat sambutan baik daripada pengguna.

Bagi tempoh 1 Jun hingga 18 Julai lepas, sebanyak 197,901 penumpang bas di BSI dan 311,130 penumpang bas dan motosikal di KSAB telah menggunakan sistem berkenaan.

\”Alhamdullilah, dari 1 Jun sehingga sekarang kami akan lanjutkan sampai Ogos kita telah mendapat sambutan tinggi daripada pengmbara dan pengguna.

\”Angka terakhir yang daftar untuk penggunaan semua aplikasi ini berjumlah 500,000. Kita kesan secara datanya, inisiatif yang digunakan sepanjang tempoh percubaan ini mengurangkan tempoh menunggu antara 70 hingga 80 peratus berbanding sebelum ini,\” katanya.

Dalam pada itu Saifuddin turut memaklum penggunaan sistem berkenaan akan diperluas kepada semua pengembara termasuk bukan warganegara dan pemegang pas jangka panjang serta mod perjalanan menggunakan kereta pada fasa kedua.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...