Home Nasional Pelaksanaan peralihan tenaga lebih sistematik mampu angkat imej Malaysia – Anwar
Nasional

Pelaksanaan peralihan tenaga lebih sistematik mampu angkat imej Malaysia – Anwar

Pelaksanaan peralihan tenaga lebih sistematik mampu angkat imej Malaysia – Anwar

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 5 Tahun 2024 berkata mesyuarat berkenaan telah menilai dan bersetuju ke atas pelan tindakan dalam usaha meningkatkan kedudukan daya saing negara.

\”Sayugia, usaha ini dijangka mengupaya lonjakkan semula kedudukan Malaysia dalam Laporan Indeks Daya Saing \’World Competitiveness Index\’ yang diterbitkan oleh \’Institute for Management Development\’ (IMD).

\”Kerajaan MADANI amat optimistik dan percaya bahawa Malaysia mampu memperbaiki kedudukan daya saingnya dan mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan demi untuk kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi Facebook.

Jelasnya, beberapa hasil kajian berkait pelan strategik disentuh pada mesyuarat tersebut untuk meningkatkan pelaburan hijau.

Ia selari dengan tumpuan menjadikan Malaysia sebagai destinasi dan hab pelaburan hijau utama serantau.

Anwar berkata ikhtiar itu amat penting untuk merealisasikan sasaran karbon sifar bersih seawal tahun 2050, seperti yang telah ditetapkan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

Related Articles

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500
Nasional

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500

Foto KPDN LABUAN, 30 April- Seorang lelaki tempatan didenda Mahkamah Sesyen di...

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual
Nasional

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual

Tangkap layar rakaman video pemandu e-hailing ketika ditahan orang awamKUCHING, 30 April-...

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia
Nasional

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu diberi kawalan kehormat dalam satu majlis pelepasan...

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau
Nasional

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri...