Home Nasional Pelaksanaan Kolej Tingkatan Enam Premium diperkenal tahun depan – Fadhlina
Nasional

Pelaksanaan Kolej Tingkatan Enam Premium diperkenal tahun depan – Fadhlina

Pelaksanaan Kolej Tingkatan Enam Premium diperkenal tahun depan – Fadhlina

Foto FB Menteri

BATU CAVES, 23 Julai– Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang giat memperhalusi pelaksanaan Kolej Tingkatan Enam Premium yang akan diperkenal pada tahun depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata ia bagi memberi tumpuan sekali gus meningkatkan kualiti pendidikan Tingkatan Enam.

\”Tingkatan 6 Premium akan kita laksana pada tahun depan. Kita sudah pun dapat kerjasama yang baik dan akan diperhalusi apabila semua peringkat penyelarasan telah selesai.\”

\”Kita telah maklumkan bahawa usaha kita untuk memberikan, menjaga kebajikan mereka. Usaha ini akan kita teruskan, termasuk mengangkat idea ini dalam belanjawan pada tahun ini,\” kata Fadhlina kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Anugerah Pelajar Terbaik STPM dan MUET 2023 di Batu Caves, Selangor.

Tambahnya, pengumuman lanjut berkaitan inisiatif tersebut akan dimaklumkan selepas selesai proses penyelarasan termasuk pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....