Home Nasional Pelaksanaan JS-SEZ, SFZ rancakkan industri pelancongan Johor
Nasional

Pelaksanaan JS-SEZ, SFZ rancakkan industri pelancongan Johor

Pelaksanaan JS-SEZ, SFZ rancakkan industri pelancongan Johor

Foto BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 10 Oktober– Industri pelancongan di Johor dijangka terus berkembang dan rancak menerusi pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pemain industri perlu bersedia dan mempertingkatkan perkhidmatan sekali gus sebagai persediaan bagi menyambut Tahun Melawat Johor 2026.

“Industri pelancongan adalah antara yang paling teruk terjejas semasa pandemik COVID-19, apabila ramai yang hilang pekerjaan dan beberapa hotel ditutup.

“Bagaimanapun, industri ini akan kembali berkembang dan menjadi antara yang paling pesat di Johor. Pelancaran SFZ dan JS-SEZ akan mengukuhkan lagi sektor ini,” katanya pada program Larian Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Johor Chapter 2024 di Gateway Garden, Bandar Medini, malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon, dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan, dan Budaya negeri, K. Raven Kumar

Onn Hafiz pada masa sama turut meminta MAH untuk memainkan peranan dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan.

“Kita perlu bersedia untuk menerima jutaan pelancong yang bakal menyerbu Johor, termasuk MAH yang akan menjadi tuan rumah, dan bilik-bilik hotel adalah penting.

“Jadi, saya minta hotel-hotel di Johor untuk menaik taraf fasiliti dan memastikan pekerja terlatih untuk memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....