Home Nasional Pelaksanaan e-Tanah, anjakan besar pengurusan tanah negara
Nasional

Pelaksanaan e-Tanah, anjakan besar pengurusan tanah negara

Pelaksanaan e-Tanah, anjakan besar pengurusan tanah negara

Nik Nazmi Nik Ahmad / Foto Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)

PUTRAJAYA, 6 November- Pelaksanaan sistem e-Tanah melalui kerjasama awam-swasta (PPP) merupakan anjakan besar dalam pentadbiran dan pengurusan tanah negara.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, ia turut menepis persepsi rakyat bahawa urusan tanah adalah rumit, mengambil masa panjang, dan tidak telus.

\”Sistem e-Tanah secara PPP ini dilihat sebagai usaha pragmatik yang sejajar dengan perkembangan pembangunan dan cabaran era digital.

\”Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam amat yakin bahawa pelaksanaan sistem e-Tanah akan membawa dimensi baharu dalam pentadbiran dan pengurusan tanah negara,\” katanya dalam ucapannya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Pelaksanaan Sistem e-Tanah Secara PPP bagi Negeri Melaka di sini.

Tambah Nik Nazmi, Melaka adalah antara negeri terawal melaksanakan sistem e-Tanah secara PPP dengan peruntukan sebanyak RM126.19 juta bagi tempoh 14 tahun.

Ini merangkumi pembangunan sistem bagi sembilan modul pentadbiran tanah iaitu pendaftaran, hasil, strata, pelupusan, pembangunan, penguatkuasaan, pengambilan, dan persetujuan yang akan digunakan di semua Pejabat Tanah dan Galian Negeri serta Pejabat Tanah Daerah di negeri tersebut.

Related Articles

Lebih 10,000 pengunjung jangka meriahkan Hari Pekerja 2025, PM rasmi sambutan
Nasional

Lebih 10,000 pengunjung jangka meriahkan Hari Pekerja 2025, PM rasmi sambutan

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 1 Mei- Lebih 10,000 warga kerja dari...

Malaysia perlu imbang hubungan AS, rakan serantau – PM
Nasional

Malaysia perlu imbang hubungan AS, rakan serantau – PM

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 1 Mei- Malaysia perlu mengekalkan keseimbangan dalam...

Presiden Kosovo mulakan lawatan sulung ke Malaysia esok
Nasional

Presiden Kosovo mulakan lawatan sulung ke Malaysia esok

Presiden Kosovo, Dr. Vjosa Osmani Sadriu / Foto REUTERSPUTRAJAYA, 30 April-Presiden Kosovo,...

MAIS perkenal kad pengenalan khas PPI, cegah penipuan pengurusan harta
Nasional

MAIS perkenal kad pengenalan khas PPI, cegah penipuan pengurusan harta

Pengerusi MAIS Datuk Salehuddin Saidin ditemui pemberita selepas Majlis Penghargaan Rakan Media...