Home Nasional Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah
Nasional

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah

PDRM

GEORGE TOWN, 19 November- Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 5.57 petang daripada pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP).

\”Siasatan polis di tempat kejadian dan pemeriksaan terhadap badan si mati mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini,\” katanya dalam kenyataan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis akan melakukan siasatan lanjut.

Abdul Rozak menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes itu sehingga boleh menjejaskan siasatan dan tidak menularkan gambar atau video berkaitan tempat kejadian bagi menghormati waris si mati.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....