Saturday , 21 December 2024
Home Nasional Pelajar SMK Sri Perak menjejak aspirasi ke UM
Nasional

Pelajar SMK Sri Perak menjejak aspirasi ke UM

Pelajar SMK Sri Perak menjejak aspirasi ke UM

Para pelajar SMK Sri Perak mengambil gambar beramai-ramai pada penghujung program/Foto UM

KUALA LUMPUR, 22 Ogos -Setiap pelajar sekolah yang menyimpan impian untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, tentunya akan lebih berusaha, apabila dapat merasai sendiri pengalaman menjejakkan kaki ke universiti.

Menyedari hakikat ini, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM) menganjurkan Program Lawatan Sambil Belajar bersama-sama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Perak, Parit Buntar, Perak, baru-baru ini.

Menurut Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Dr. Kamal Solhaimi Fadzil, program itu antara lain memberi peluang kepada pensyarah dan mahasiswa untuk meluangkan masa bersama-sama pelajar-pelajar sekolah.

“Secara tidak langsung, program ini membuka ruang bagi pertukaran pandangan berkaitan kemasukan ke UM, khasnya dan pengalaman menyambung pengajian di peringkat universiti, amnya. Ia juga mampu meningkatkan kemahiran komunikasi dan membina kerjasama antara kedua-dua pihak,” katanya.

Program juga antara inisiatif jabatan menjalinkan hubungan sosial dengan pihak sekolah, selaras visi UM untuk melangkaui batasan ilmu dan membentuk pemimpin beraspirasi. Selain itu, program ini juga mencerminkan nilai-nilai teras Universiti Malaya seperti kesungguhan, perpaduan, integriti, keikhlasan, dan empati.

Pensyarah Kanan Jabatan Antropologi dan Sosiologi yang juga pengarah program, Dr. Asbah Razali berharap program dapat mengeratkan hubungan dengan komuniti, khususnya SMK Sri Perak.

“Aktiviti-aktiviti yang disusun dalam program ini bukan sahaja membolehkan pelajar sekolah mengenali potensi diri mereka, tetapi juga memberikan mereka peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan pensyarah dan mahasiswa UM,” katanya.

Beliau juga berharap program ini dapat meningkatkan motivasi dan semangat pelajar SMK Sri Perak untuk mencapai cita-cita masing-masing dengan melanjutkan pengajian ke menara gading.

“Tiada yang mustahil untuk dicapai dalam hidup ini, asal sahaja kita berilmu dalam mengejarnya. Diharapkan dengan lawatan yang singkat ini mampu menyuntik sedikit lonjakan dalam diri pelajar yang terlibat untuk bersemangat dalam usaha masing-masing mendekati impian yang terbina,” katanya penuh semangat.

Sesi perkongsian pengalaman oleh pensyarah dan mahasiswa adalah antara perkara menarik dalam program ini, terutamanya sesi perkongsian khusus bertajuk ‘Meniti Masa Depan yang Gemilang’ disampaikan oleh Dr. Syed Abdul Razak Sayed Mahadi, wakil Pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosiologi.

Dr. Syed Abdul Razak mahu para pelajar tidak memandang rendah terhadap kekurangan yang ada, kerana berbekalkan usaha yang tidak mengenal jemu, kita sebenarnya mampu menggapai apa jua cita-cita diimpikan.

Sementara itu, Ketua Guru Pengiring SMK Sri Perak, Hamzah Sauti berhasrat agar program seperti ini diteruskan pada masa akan datang kerana ia dapat mengukuhkan lagi ikatan dan jaringan sosial antara Universiti Malaya dan SMK Sri Perak.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...