Home Nasional Pelajar perlu kuasai ilmu demi kejayaan masa depan
Nasional

Pelajar perlu kuasai ilmu demi kejayaan masa depan

Pelajar perlu kuasai ilmu demi kejayaan masa depan

FOTO RTM

KANGAR, 16 November- Pendidikan merupakan batu loncatan untuk mengapai cita-cita, selain membentuk keperibadian dan memberi keyakinan kepada diri sendiri untuk menyusuri arus perubahan dunia yang semakin pesat kini.

Justeru, setiap pelajar yang mempunyai pendidikan yang baik secara tidak langsung berupaya meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan.

Menurut Ahli Pihak Berkuasa RISDA, Ruzaini Rais, generasi hari ini merupakan aset penting kepada negara bagi meneruskan setiap langkah yang telah dimulakan generasi terdahulu dalam memajukan negara dalam pelbagai aspek kehidupan.

\”Kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk mendapat akses kepada pendidikan dan pelajar seharusnya merebut peluang disediakan sama ada dalam bidang akademik atau bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

\”Selain meneroka pelbagai bidang ilmu, setiap pelajar juga diingatkan agar tidak lupa akan doa dan nasihat daripada ibu bapa dalam usaha kita meraih seberapa banyak ilmu pengetahuan dan menjadikan pendorong utama setiap langkah menuju kejayaan,\” katanya.

Beliau memaklumkannya dalam Majlis Perasmian Program Kecemerlangan Akademik Fasa 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Nangka di Kangar yang disertai 49 calon SPM tahun ini.

Bagi menjayakan Kem Kecemerlangan dan Pelaksanaan Kelas Khas Intensif Untuk Pelajar SPM, pihak RISDA turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM12,500.

Program turut dihadiri Pengetua SMK Guar Nangka, Zulkifli Hashim serta guru-guru pembimbing untuk kecemerlangan SPM.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....