Wednesday , 5 February 2025
Home Nasional Pelajar IKTBN maut nahas dua motosikal
Nasional

Pelajar IKTBN maut nahas dua motosikal

Pelajar IKTBN maut nahas dua motosikal

Kemalangan melibatkan dua motosikal di Kilometer 58, Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara), di sini, malam tadi.

KLUANG, 13 Oktober- Seorang pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh maut selepas terbabit kemalangan melibatkan dua motosikal di Kilometer 58, Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara), di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata mangsa, Adam Zulkiflee, 20, cedera parah di kepala dan badan, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa Irfan Danish Faizel Amrey, 19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC terselamat.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang lagi penuntut IKTBN, menunggang dari Johor Bahru ke Pagoh.

\”Setibanya di lokasi kejadian, salah seorang penunggang bertindak memberhentikan motosikal selepas mengelak sebuah kereta yang memasuki laluan ke Simpang Renggam secara mengejut.

\”Tindakan tersebut menyebabkan mangsa yang menunggang dari arah belakang, melanggar tayar motosikal tersebut, sebelum hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan,\” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ujar Bahrin, mayat dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang, untuk dibedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...