Home Nasional Pelajar dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Neram
Nasional

Pelajar dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Neram

Pelajar dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Neram

Operasi SAR mangsa, Mohd Yusuf Adnan (foto kecil) yang dijalankan oleh pasukan penyelamat malam tadi

KEMAMAN, 4 Disember- Seorang pelajar lelaki tingkatan empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Neram dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Neram di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.00 petang itu, mangsa, Mohd Yusuf Adnan, 16, dikatakan mandi bersama sepuluh rakannya sebelum dihanyutkan arus deras.

Komander Operasi Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat (STORM) Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd Zailani Abdullah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut sekitar pukul 5.35 petang.

Seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh serta Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Chukai dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan unit STORM.

\”Kedalaman air di lokasi dianggarkan mencapai tiga meter dengan radius pencarian mangsa sekitar 10 hingga 50 meter. Kami melaksanakan pencarian malam tadi sepanjang 100 meter di sepanjang sungai,\” jelas beliau.

Dalam operasi malam tadi, pasukan penyelamat melakukan pencarian di permukaan air dan sepanjang tebing sungai meliputi jarak 30 meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang.

Seorang saksi kejadian yang juga rakan mangsa, Mohd Aiman Hakim Abdul Haizam, menceritakan detik cemas itu.

\”Masa dia terjun, dia tenggelam, lepas itu timbul di hujung. Dia sempat minta tolong sambil melambai tangan. Saya cuba terjun untuk menyelamatkan dia, tetapi dia tenggelam sebelum sempat saya capai tangannya,\” katanya.

Operasi SAR akan diteruskan hari ini.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...