Home Nasional Pelajar baharu UPSI miliki pencapaian hebat
Nasional

Pelajar baharu UPSI miliki pencapaian hebat

Pelajar baharu UPSI miliki pencapaian hebat

Prof Md Amin beramah mesra dengan pelajar yang memiliki pencapaian cemerlang/ Foto UPSI

TANJUNG MALIM, 1 Oktober– Pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda yang mendaftar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Sabtu lalu, mempunyai latar belakang yang cemerlang dari segi pencapaian akademik, sukan, kepimpinan dan kokurikulum.

UPSI menerusi kenyataan berkata Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff mengundang beberapa pelajar berkongsi pengalaman bagi merangkul kejayaan dalam bidang inovasi, pencipta perisian akademik, atlet sukan negara serta bakat kepimpinan sewaktu sekolah, matrikulasi dan prauniversiti.

Semalam, seramai 4,195 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda melafazkan ikrar pada Majlis Ikrar Pelajar UPSI Ambilan September 2024/2025 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Prof Md Amin berkata majlis yang diadakan itu menjadi medium bagi mengenali pelajar dengan lebih lanjut dari segi pencapaian yang berjaya diperolehi sebelum ini.

“Kita lihat ada pelajar kita yang memperolehi juara dalam Innovator, Juara dalam Tilawah Al-Quran walaupun mempunyai masalah cacat penglihatan, ada ahli sukan, ada ahli pidato dan sebagainya.

Beliau turut terharu dengan pencapaian pelajar baharu UPSI itu yang sememangnya hebat dan cemerlang secara holistik, bukan semata-mata cemerlang dalam akademik tetapi seimbang dalam segenap aspek.

“Saya ingin berpesan kepada semua pelajar agar mengamalkan budaya UPSI iaitu budaya senyum, sapa dan salam serta sentiasa mengenang jasa ibu bapa yang banyak berjasa\”, katanya.

Beliau juga berharap kecemerlangan yang dimiliki pelajar dapat diteruskan agar dapat menjadi insan yang menjadi contoh kepada anak bangsa masa hadapan.

Katanya, UPSI sebuah universiti yang tersohor dalam melahirkan pendidik yang berbakti di seluruh tanah air demi masa hadapan anak bangsa.

“Justeru, sepanjang pengajian kalian, mari sama-sama kita berjuang mengharumkan nama UPSI, sebuah universiti yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang kondusif serta terhampar indah di sisi Banjaran Titiwangsa,” katanya.

Pada majlis yang sama, Prof Md Amin turut menyempurnakan sesi penyerahan surat tawaran Program Pembangunan Siswa SULUNG, UPSI kepada lima pelajar yang terpilih iaitu Nurul Hazwanie Badeli, Nurin Irdina Zambi, Nur Fatihah Mohammad Samsudin, Nur Aliz Airiz Kamarudin dan Nurul Ain Natasha Hasmadi.

Program itu adalah inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam membantu pelajar B40 menjadi individu pertama dalam keluarga menjejaki kaki ke universiti dengan memberi penawaran pengecualian yuran universiti.

Majlis ikrar tersebut diketuai oleh pelajar dari program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Amin Syahmi Azahar.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Abdul Rahim Razalli, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Suriani Abu Bakar serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....