Home Nasional Pelaburan projek utama NETR bernilai RM60.7 bilion
Nasional

Pelaburan projek utama NETR bernilai RM60.7 bilion

Pelaburan projek utama NETR bernilai RM60.7 bilion

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 12 Julai- Anggaran terkini sasaran keberhasilan projek dan inisiatif utama Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dari segi pelaburan adalah bernilai RM60.7 bilion berbanding anggaran awal sebanyak RM25 bilion, menurut Kementerian Ekonomi.

Kementerian itu menjelaskan anggaran tersebut adalah berdasarkan laporan kemajuan Mac 2024 berbanding anggaran semasa pelancaran pada 29 Ogos, 2023.

“Anggaran pekerjaan pula adalah berjumlah 84,544 (pembangunan dan pascaprojek) berbanding anggaran awal iaitu 23,000 manakala pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dianggarkan 24,264 berbanding anggaran awal 10,000 gigagram CO2 setara setiap tahun,” menurutnya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Khamis.

Menurut kementerian itu, kerajaan komited untuk memastikan pengurusan peralihan tenaga berdasarkan pendekatan keseluruhan negara melibatkan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, industri, masyarakat awam dan komuniti antarabangsa bagi memastikan kesepaduan perancangan dan pelaksanaan dasar dalam mengimbangi keadaan sukar tenaga iaitu jaminan bekalan tenaga, kemampuan membayar dan kelestarian alam sekitar.

“Keberkesanan pelaksanaan NETR dijangka dapat meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Negara (KDNK), pewujudan peluang pekerjaan, peningkatan sosioekonomi rakyat, jaminan bekalan tenaga dan kelestarian alam sekitar,” tambahnya.

Kementerian itu menjelaskan Belanjawan 2024 telah menyediakan Fasiliti Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara (NETF) dengan dana berjumlah RM2 bilion.

“Kementerian Ekonomi sedang memuktamadkan modaliti pelaksanaan NETF untuk dilancarkan pada suku ketiga tahun ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pula sedang mengemaskini Taksonomi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) untuk mengukuhkan pelaburan bagi aktiviti ekonomi berdasarkan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Kementerian itu menjawab soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kasim (PN-Arau) mengenai laporan status pelaksanaan NETR dan Pelan Induk Perindustian Baharu (NIMP) 2030 yang dilancarkan dalam usaha mengarusperdanakan peralihan tenaga naratif pembangunan negara.- BERNAMA

Related Articles

4, 489 kematian akibat nahas jalan raya libatkan penunggang motosikal tahun lalu
Nasional

4, 489 kematian akibat nahas jalan raya libatkan penunggang motosikal tahun lalu

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terperosok di bawah kereta terbalik...

Melaka sasar LTAM sebagai hab serantau penerbangan – Ab Rauf
Nasional

Melaka sasar LTAM sebagai hab serantau penerbangan – Ab Rauf

Foto FB Menteri BesarBATU BERENDAM, 2 November– Melaka rancang untuk jadikan Lapangan...

Kadar gaji terendah di laman web SPA, dikemas kini 1 Disember
Nasional

Kadar gaji terendah di laman web SPA, dikemas kini 1 Disember

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus...

Wanita lemas dihanyutkan 'kepala air' di Sungai Sedim
Nasional

Wanita lemas dihanyutkan 'kepala air' di Sungai Sedim

Pada awal kejadian, bomba melakukan pencarian permukaan di sekitar kawasan sungai/Foto BombaKULIM,...