Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Pelabuhan Kuantan bakal dinaik taraf, hab pelabuhan kapal persiaran – Anthony
Nasional

Pelabuhan Kuantan bakal dinaik taraf, hab pelabuhan kapal persiaran – Anthony

Pelabuhan Kuantan bakal dinaik taraf, hab pelabuhan kapal persiaran – Anthony

Foto BERNAMA

KUANTAN, 15 Ogos– Pelabuhan Kuantan dikenal pasti untuk dijadikan sebagai hab pelabuhan kapal persiaran membabitkan kawasan negeri Pantai Timur.

Cadangan itu ekoran kedudukan pelabuhan Kuantan yang terletak menghadap Laut China Selatan yang diyakini mampu menjadi lokasi titik tengah persinggahan kapal persiaran di samping melonjakkan industri pelancongan Pahang serta negeri-negeri di Pantai timur.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, terminal penumpang perlu diwujudkan bagi memberikan kemudahan kepada syarikat pengendali kapal persiaran itu berlabuh di Pelabuhan Kuantan.

\”Di sebelah pantai timur, kita belum ada satu terminal penumpang yang khas. Seperti di pantai barat kita iaitu di Selat Melaka, kita ada Port Klang, Pulau Pinang ada Langkawi. Tetapi di sebelah pantai timur, belum ada yang khas.\”

\”Kita lihat Pelabuhan Kuantan ini adalah lokasi paling strategik. Jadi, kita mungkin hanya perlu menaik taraf kemudahan kepada terminal penumpang,\” kata Anthony kepada pemberita, di sini hari ini.

Tambah beliau, Pelabuhan Kuantan juga boleh dijadikan sebagai lokasi transit kepada kapal persiaran daripada Singapura ke destinasi seperti Bangkok, Thailand dan juga Vietnam yang menggunakan laluan Laut China Selatan.

Anthony Loke ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Pelabuhan Kuantan 2024 di Sultan Ahmad Shah International Convention Center, Kuantan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuantan, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...