Home Nasional Pekerja mahir disaran tingkat kemahiran, mampu berdaya saing di peringkat global
Nasional

Pekerja mahir disaran tingkat kemahiran, mampu berdaya saing di peringkat global

Pekerja mahir disaran tingkat kemahiran, mampu berdaya saing di peringkat global

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Pekerja mahir di negara ini perlu terus meningkatkan kemahiran serta berfikiran kreatif dan inovatif bagi memastikan mereka mampu bersaing di peringkat global.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini memandangkan dunia menilai tahap pencapaian sesebuah negara berdasarkan pengetahuan dan kemahiran pekerjanya.

\”Kalau kita tidak tingkatkan kemahiran, kesilapan kita boleh menjejaskan keselamatan, apatah lagi menyebabkan berlakunya pekara atau musibah yang boleh memberi kemudaratan kepada kemaslahatan masyarkat keseluruhannya.

\”Ini sudah pasti akan menjejaskan imej negara kita kerana kalau kita hendak menjadi sebuah negara maju,.pokok pangkalnya adalah bolehkah kita bersaing dan untuk kita bersaing kita juga perlu ada ilmu ..kita juga perlu ada kemahiran dan salah satu juga yang perlu kita lihat ialah dalam sudut penyelidikan dan pembangunan, ini cabaran kita di Malaysia,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), di sini.

Pada majlis itu, seramai 380 kakitangan IWK menerima sijil antaranya Sijil Penganugerahan Pengiktirafan Khas SKM Tahap 3, Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Penganugerahan SKM Tahap 2.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....