Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Pekerja asing gagal lolos diri dalam operasi imigresen
Nasional

Pekerja asing gagal lolos diri dalam operasi imigresen

Pekerja asing gagal lolos diri dalam operasi imigresen

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang

NIBONG TEBAL, 23 Ogos – Cubaan sekumpulan warga asing meloloskan diri tidak berjaya apabila pasukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang terlebih dahulu mengepung mereka malah ada dalam kalangan anggotanya berada di situ lebih awal secara penyamaran.

Mereka sebelum itu sedang bekerja di sebuah restoran dan sebuah premis barangan lusuh di Sungai Bakap di sini, bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran pasukan itu, semalam.

Menurut JIM Pulau Pinang menerusi hantaran Facebook, seramai 17 orang pekerja di dua premis tersebut telah diperiksa sebelum lima lelaki dan empat wanita warga Myanmar ditahan, berusia 25 hingga 38 tahun.

\”Kes itu disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan kesemua yang ditahan telah dihantar ke Depot Imigresen Juru, Bukit Mertajam untuk siasatan lanjut,\” menurut jabatan itu.

Siasatan dan tindakan lanjut ke atas pemilik perniagaan yang menggaji pekerja asing tanpa izin itu sedang dijalankan.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...