Home Nasional PDRM, AGC, MCMC ambil tindakan kes jenayah 'online'
Nasional

PDRM, AGC, MCMC ambil tindakan kes jenayah 'online'

PDRM, AGC, MCMC ambil tindakan kes jenayah 'online'

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 24 Julai- Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan meneliti serta mengambil tindakan segera bagi memantapkan dan menyelaras aspek siasatan dan pendakwaan kes-kes jenayah dalam talian.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, perkara tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bagi mengekang kadar jenayah siber yang semakin membimbangkan di platform media sosial.

\”Tiga perkara yang paling membelenggu rakyat Malaysia yang menjadi masalah aspek jenayah dalam talian adalah masalah penipuan, masalah buli siber dan juga jenayah seksual terhadap kanak-kanak khususnya pedofilia.

\”Ketiga-tiga ancaman kepada keselamatan rakyat ini adalah perkara yang kita lihat tidak boleh dibenarkan berlarutan,\” katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini.

Tambah beliau, sebanyak RM8 juta hingga RM132 juta kerugian dicatatkan akibat penipuan dalam talian menerusi platform Facebook pada separuh pertama 2024.

Sementara itu, Fahmi turut menyatakan tahap kepatuhan pengendali platform media sosial terhadap undang-undang Malaysia merekodkan kadar yang berbeza.

Facebook mencatatkan kepatuhan sebanyak 85 peratus, Instagram (88 peratus), WhatsApp (79 peratus) dan TikTok (76 peratus).

Manakala Telegram dan X masing-masing 63 peratus dan 25 peratus yang didapati gagal mengambil sebarang tindakan pantas terhadap jenayah siber di negara ini.

Related Articles

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu
Nasional

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie ChingKULAI, 22 Mac – Dua buah lagi...

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London
Nasional

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 22 Mac – Malaysia Airlines hari ini...

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya
Nasional

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya

Seramai 37 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim...

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran
Nasional

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran

Foto Badan Perhubungan UMNO KedahSUNGAI PETANI, 22 Mac – Lebih 1,000 jemaah...