Home Nasional PBB bimbang lonjakan Islamofobia, desak tindakan global
Nasional

PBB bimbang lonjakan Islamofobia, desak tindakan global

PBB bimbang lonjakan Islamofobia, desak tindakan global

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres / REUTERS

NEW YORK, 15 Mac- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kebencian terhadap umat Islam di seluruh dunia dan menggesa platform teknologi dalam talian untuk membendung ucapan kebencian serta gangguan siber.

Kenyataan video Guterres itu dibuat menjelang Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia.

“Kita sedang menyaksikan peningkatan membimbangkan dalam kebencian terhadap umat Islam daripada profil perkauman dan dasar diskriminasi yang melanggar hak asasi manusia serta maruah, sehinggalah kepada keganasan secara terang-terangan terhadap individu dan tempat ibadah,” katanya tanpa merujuk kepada mana-mana negara atau kerajaan tertentu.

Beliau turut menegaskan kepentingan platform dalam talian bertanggungjawab mengawal ucapan kebencian, sambil menyeru semua pihak bersuara menentang sikap fanatik, xenofobia, dan diskriminasi.

Kebimbangan itu semakin memuncak susulan peningkatan sentimen Islamofobia, bias anti-Arab dan antisemitisme selepas serangan tentera Israel ke atas Gaza yang tercetus sejak Oktober 2023.

Aktivis pro-Palestin di beberapa negara Barat, termasuk Amerika Syarikat, turut menyuarakan keresahan apabila sokongan mereka terhadap hak rakyat Palestin sering dilabelkan secara salah sebagai sokongan kepada Hamas oleh pengkritik.

Baru-baru ini, badan pemantau hak asasi manusia melaporkan insiden kebencian dan ucapan berbaur anti-Muslim mencapai tahap tertinggi di beberapa negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, dan India.

Bagaimanapun, kerajaan negara terbabit menegaskan komitmen mereka untuk memerangi segala bentuk diskriminasi.-REUTERS

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...