Home Nasional PAU 2024: UMNO jemput PM, Ketua Parti kerajaan Perpaduan
Nasional

PAU 2024: UMNO jemput PM, Ketua Parti kerajaan Perpaduan

PAU 2024: UMNO jemput PM, Ketua Parti kerajaan Perpaduan

Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming/ Foto RTM

PUTRAJAYA, 8 Ogos – Ketua-ketua parti dalam kerajaan perpaduan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diundang sebagai tetamu rasmi Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata jemputan bagaimanapun bergantung kepada kelapangan jadual mereka.

\”Tahun lepas memang kita jemput pemimpin kerajaan perpaduan, sama ada datang atau tidak kita lihat kelapangan pemimpin berkenaan untuk menghadiri PAU kita\”, katanya.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Simposium Perancangan dan Pembangunan Desa Peringkat Kebangsaan 2024.

PAU 2024 dijadual berlangsung bermula 21 hingga 24 Ogos ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....