Home Nasional Pasang Jalur Gemilang tanda hargai jasa pejuang kemerdekaan terdahulu
Nasional

Pasang Jalur Gemilang tanda hargai jasa pejuang kemerdekaan terdahulu

Pasang Jalur Gemilang tanda hargai jasa pejuang kemerdekaan terdahulu

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Nasrudin Mahmud

SUNGAI PETANI, 5 Ogos- Pemasangan Jalur Gemilang di rumah, premis perniagaan, bangunan dan kenderaan tidak hanya bertujuan untuk memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan semata-mata.

Sebaliknya, ia juga sebagai tanda menghormati dan menghargai jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu yang sanggup menggadai nyawa dan harta benda untuk negara mencapai kemerdekaan.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Nasrudin Mahmud berkata perkara tersebut antara mesej yang disampaikan kepada rakyat segenap lapisan sepanjang empat hari Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 menjelajah ke beberapa lokasi di negeri itu.

\”Jaga pemikiran kita supaya tidak terjajah oleh anasir-anasir asing yang cuba merosakkan minda. Itulah apa yang cuba kita nak sampaikan dalam kembara ini.

\”Belilah bendera pasanglah di rumah sepanjang bulan kebangsaan sebab ia tidaklah semahal berbanding pengorbanan tentera, polis yang terdahulu untuk memerdekakan negara kita, bebaskan negara kita daripada pengaruh komunis,\”katanya.

Beliau berucap demikian selepas menghadiri Program Kemerdekaan bersama konvoi KMJG 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan, SMK Pinang Tunggal, Sungai Petani.

Program dirasmikan Pegawai Daerah Kuala Muda, Dato\’ Abdul Gafar Yahya.

Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 akan bergerak ke Pulau Pinang petang ini selepas empat hari berada di Kedah.

Sepanjang di Kedah, peserta konvoi telah singgah di beberapa lokasi.

Antaranya, pejabat Penerangan Daerah Baling; Pusat Kokurikulum, Pekan Pendang; di Institut Latihan Perindustrian, ILP Jitra di Kubang Pasu; dan Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, STAR, Alor Setar.

Konvoi yang disertai pelbagai agensi dan jabatan kerajaan itu bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan meningkatkan rasa cinta kepada negara dikalangan rakyat.

Related Articles

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu
Nasional

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie ChingKULAI, 22 Mac – Dua buah lagi...

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London
Nasional

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 22 Mac – Malaysia Airlines hari ini...

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya
Nasional

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya

Seramai 37 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim...

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran
Nasional

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran

Foto Badan Perhubungan UMNO KedahSUNGAI PETANI, 22 Mac – Lebih 1,000 jemaah...