Home Nasional Pas MyTourist, inisiatif rancakkan aktiviti pelancongan negara
Nasional

Pas MyTourist, inisiatif rancakkan aktiviti pelancongan negara

Pas MyTourist, inisiatif rancakkan aktiviti pelancongan negara

Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 10 November- Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui Rapid KL melancarkan Pas MyTourist bagi menyokong dan merancakkan aktiviti pelancongan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Timbalan Perdana Menteri yang jugaMenteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, inisiatif itu diharap dapat meningkatkan jumlah pelancong luar dan mencapai sasaran peningkatan sektor pelancongan negara.

\”Industri pelancongan merupakan salah satu penyumbang utama kepada pendapatan negara dan usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Malaysia, sekali gus merancakkan sektor pelancongan kita.

\”Diharapkan agar inisiatif ini dapat meningkatkan lagi jumlah peningkatan pelancong luar sekali gus menyokong usaha kerajaan dalam mencapai sasaran peningkatan sektor pelancongan yang mampan,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menyempurnakan Majlis pelancaran Pas MyTourist sempena Festival Rapid KL: Dua Dekad Bersama di ibu negara.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook; Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat ( APAD) Datuk Azlan Shah Al Bakri; Pengerusi Kumpulan Prasarana Tan Sri Jamaludin Ibrahim serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Shah.

Selaras dengan sasaran ketibaan 26.1 juta pelancong asing menjelang 2026, inisiatif Pas MyTourist bertujuan merancakkan industri pelancongan dan menarik lebih ramai pelancong domestik serta antarabangsa ke Malaysia khususnya ke Kuala Lumpur.

Pas MyTourist menawarkan perjalanan tanpa had melalui perkhidmatan rel dan bas kendalian Rapid KL yang bermula RM20 hingga RM60 untuk satu pas.

Selain kemudahan perjalanan tanpa had, Pas MyTourist turut menawarkan faedah tambahan lain, termasuk potongan harga di beberapa lokasi tumpuan pelancongan, rangkaian makanan dan minuman (F&B), pusat membeli belah serta taman tema terpilih seperti Petrosains, Menara Berkembar Petronas, Sunway Lagoon dan Menara Kuala Lumpur.

Ia memberi manfaat dan peluang kepada pelancong tempatan dan luar negara untuk meneroka pelbagai destinasi ikonik di sekitar Kuala Lumpur, seperti Muzium Negara, Bukit Bintang, Dataran Mereka serta kawasan budaya dan komersil utama lain.

Related Articles

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500
Nasional

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500

Foto KPDN LABUAN, 30 April- Seorang lelaki tempatan didenda Mahkamah Sesyen di...

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual
Nasional

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual

Tangkap layar rakaman video pemandu e-hailing ketika ditahan orang awamKUCHING, 30 April-...

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia
Nasional

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu diberi kawalan kehormat dalam satu majlis pelepasan...

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau
Nasional

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri...