Home Nasional Pas MyTourist dilancarkan, galak guna pengangkutan awam
Nasional

Pas MyTourist dilancarkan, galak guna pengangkutan awam

Pas MyTourist dilancarkan, galak guna pengangkutan awam

Anthony Loke Siew Fook

KUALA LUMPUR, 10 November- Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) melalui RapidKL melancarkan Pas MyTourist bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan pengunjung di Lembah Klang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pas itu akan ditawarkan kepada kedua-dua pelancong tempatan dan luar negara yang mengunjungi kawasan Lembah Klang.

Anthony Loke turut berkata, pihaknya mendapati ramai pelancong tempatan dan luar negara yang menggunakan pengangkutan awam apabila datang ke Kuala Lumpur.

Oleh itu, beliau percaya inisiatif tersebut akan lebih menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan pelancong semasa berada di ibu kota.

\”MyTourist pas ini harganya RM20 sehari. RM30 untuk dua hari, RM40 untuk tiga hari untuk warganegara Malaysia. Kalau untuk warga asing, harganya dua kali ganda iaitu pada harga RM40 (sehari), RM50 (dua hari) dan RM60 (tiga hari).

\”MyTourist pas ini juga mempunyai kerjasama strategik dengan lebih 30 syarikat lain termasuk restoran, kedai serbaneka dan sebagainya. Jadi dengan adanya pas tersebut mereka boleh mendapatkan diskaun di kedai rakan strategik dengan RapidKL,\” katanya.

Beliau bekata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Pas MyTourist Pass RapidKL di ibu negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....