Home Nasional Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal dunia
Nasional

Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal dunia

Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal dunia

Allahyarham Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed

KUALA LUMPUR, 25 Disember- Pakar mata Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.

Anwar menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan berita pemergian Dr Ahmad Shukri.

\”Almarhum juga antara yang tampil sebagai saksi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menafikan tohmahan kononnya saya telah mencederakan diri sendiri.

\”Jasa dan keikhlasan Almarhum akan sentiasa terpahat dalam ingatan,\” katanya menerusi hantaran itu.

Pada masa sama Anwar turut mendoakan keluarga Ahmad Shukri diberikan kekuatan.

\”Semoga Allah mengampunkan dosa Alhmarhum, Insya-Allah,\” tambah hantaran itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....