Home Nasional Paip pecah di Jalan Pantai Permai, siap dalam tiga minggu
Nasional

Paip pecah di Jalan Pantai Permai, siap dalam tiga minggu

Paip pecah di Jalan Pantai Permai, siap dalam tiga minggu

Dr. Zaliha Mustafa dan Fahmi Fadzil meninjau kawasan longkang runtuh di Jalan Pantai Permai

KUALA LUMPUR, 28 Ogos- Paip pecah di kawasan Jalan Pantai Permai dijangka siap dalam tempoh tiga minggu, demikian dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa.

\”Ini akan diambil tindakan segera oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga pihak-pihak yang berwajib untuk kita memastikan akhirnya paip ini diperbaiki secepat mungkin.

\”…dan paling utama adalah bahagian Indah Water Konsortium (IWK) diperbaiki dahulu dan kemudiannya kita di kawasan sekitar,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi di ibu negara.

Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil turut menyertai sesi tinjauan berkenaan.

Isnin lalu DBKL menerusi hantaran di Faceebok memaklumkan telah mengambil langkah segera berikutan kejadian longkang runtuh di lokasi itu.

Dalam pada itu semua sistem saliran di Kuala Lumpur perlu melakukan ujian ketahanan.

Perkara itu susulan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan bandaraya Kuala Lumpur terutama selepas berlakunya insiden mendapan tanah di Jalan Masjid India.

\”Setakat yang kita tahu kebanyakan pembangunan yang ada di Kuala Lumpur macam sistem perparitan tadi sudah lebih daripada 30 tahun. Memang kita perlu melakukan apa integriti untuk melakukan percubaan di semua sistem-sistem saliran di sekitar Kuala Lumpur,\” katanya.

Tindakan tersebut akan dilakukan dengan kerjasama Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd dan pihak lain yang bertanggungjawab.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...