Home Nasional Pahang hantar sukarelawan ke Kelantan, bantu misi pascabanjir
Nasional

Pahang hantar sukarelawan ke Kelantan, bantu misi pascabanjir

Pahang hantar sukarelawan ke Kelantan, bantu misi pascabanjir

Foto FB Menteri Besar Pahang

KUANTAN, 12 Disember– Kerajaan Pahang mengambil inisiatif untuk menggerakkan Misi Bantuan Pasca Banjir Sukarelawan Pahang ke Kelantan, sebagai komitmen terhadap usaha kemanusiaan dan tanggungjawab sosial.

Hampir 400 orang sukarelawan digerakkan hari ini dan memfokuskan jajahan Tumpat, yang melibatkan kawasan Kampung Sri Bayu.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob berkata sukarelawan terdiri daripada kakitangan jabatan negeri, badan berkanun, Majlis Tindakan Sosial Pahang dan syarikat berkaitan kerajaan negeri Pahang.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata tumpuan akan diberikan kepada usaha pembersihan rumah dan sekolah yang terjejas, serta pengagihan bantuan kepada komuniti yang memerlukan.

\”Inisiatif ini bertujuan untuk mempercepatkan proses pemulihan kawasan yang terkesan.

Kesungguhan Kerajaan Pahang dalam membantu komuniti terjejas, terutamanya dalam menghadapi impak bencana ini dilaksanakan melalui kerjasama dan sokongan semua pihak,\” kata kenyataan itu.

Pihaknya menyeru agar semua pihak dapat bersama-sama menyokong inisiatif murni itu demi kesejahteraan bersama.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....