Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Pahang beri peruntukan tambahan RM112,500 sumbangan Barakah Haji
Nasional

Pahang beri peruntukan tambahan RM112,500 sumbangan Barakah Haji

Pahang beri peruntukan tambahan RM112,500 sumbangan Barakah Haji

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim pada Majlis Penyampaian Barakah Haji Negeri Pahang dan Karnival Asyura Peringkat Negeri Pahang

MARAN, 24 Julai- Kerajaan negeri Pahang telah memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM112,500 kepada 150 orang jemaah haji yang baharu menerima sumbangan Barakah Haji Pahang tahun ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1.5 juta kepada 1,588 jemaah haji tahun ini melalui sumbangan berkenaan sebelum ini.

“Saya mewakili YAB Menteri Besar Pahang (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) untuk penyampaian Barakah Haji yang ada tertunggak.

“Ini berikutan faktor daripada jemaah haji ini mendapat tawaran lewat, dan juga kita (kerajaan negeri) tidak mendapat maklumat. Jadi mereka pergi menunaikan haji dahulu.

“Mereka dah balik ni kita panggil mereka untuk datang ambil sumbangan ini supaya tidak ada yang tercicir, kita tak nak ada yang tak dapat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Barakah Haji Negeri Pahang dan Karnival Asyura Peringkat Negeri Pahang di sini, pada Selasa.

Turut menerima bantuan iaitu ADUN Chenor, Mujibur Rahman Ishak dan ADUN Kuala Semantan, Hassanuddin Salim.

Tambah beliau, majlis sumbangan ini turut dimeriahkan dengan karnival asyura yang telah dijalankan secara tahunan sejak 30 tahun lepas.

Barakah Haji Negeri Pahang merupakan sumbangan kewangan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada jemaah haji dari negeri ini sebanyak RM750 seorang tahun ini berbanding RM500 tahun lepas.

Jemaah haji juga turut menerima pek makanan sedia di makan dengan peruntukan sebanyak RM112,000 bagi sumbangan pek makanan yang dikenali sebagai Juadah Makmur Jemaah Haji tahun ini.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...