Home Nasional Paderi maut kereta terjunam ke parit
Nasional

Paderi maut kereta terjunam ke parit

Paderi maut kereta terjunam ke parit

Seorang paderi berusia 75 tahun ditemui maut selepas kereta dipandunya terjatuh ke dalam parit berhampiran Rumah Engking Sungai Amang, Jalan Selirik, di Kapit / Foto JBPM

KAPIT, 27 November – Seorang paderi berusia 75 tahun ditemui maut selepas kereta dipandunya terjatuh ke dalam parit berhampiran Rumah Engking Sungai Amang, Jalan Selirik, di sini pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kapit, Timothy Barat, kereta yang dipandu mangsa, Bangau Amping ditemui tenggelam ke dalam parit yang dilimpahi air banjir.

“Mayat mangsa ditemukan terperangkap di dalam kereta oleh pasukan bomba yang bergegas ke lokasi kejadian. Orang awam juga tidak mengetahui bila kenderaan tersebut terbabas ke dalam parit,” katanya.

Tambah Timothy, air banjir menenggelami kawasan parit tersebut dan penduduk hanya menyedari terdapat kereta terjatuh selepas air mula surut pagi tadi.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan di 11 lokasi yang dilaporkan terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di sekitar Kapit.

Beberapa kawasan banjir kini dilaporkan telah mulai surut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....