Wednesday , 5 February 2025
Home Nasional Organisasi harus utamakan suasana pekerjaan positif- TPM Fadillah
Nasional

Organisasi harus utamakan suasana pekerjaan positif- TPM Fadillah

Organisasi harus utamakan suasana pekerjaan positif- TPM Fadillah

Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada pelancaran melancarkan Persidangan Strategi Pengurusan Sumber Manusia untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Semua organisasi di Malaysia perlu mengambil langkah proaktif dalam melaksanakan inisiatif dan menyediakan sumber untuk membantu pekerja menguruskan tekanan, mencapai keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan (work life-balance) serta mengekalkan kesejahteraan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fokus dalam mewujudkan pengalaman pekerja yang positif penting bagi menarik, mengekalkan dan memperkasa kumpulan bakat dalam organisasi.

\”Ini termasuk menyediakan peluang untuk pembangunan profesional, menggalakkan keseimbangan hidup kerja dan memupuk budaya tempat kerja yang positif.

\”Oleh itu, menekankan kepelbagaian dan penyertaan hendaklah menjadi aspek pusat amalan sumber manusia dalam mewujudkan tempat kerja inklusif,\”katanya.

Tambahnya, organisasi juga perlu meningkatkan penggunaan alat dan teknologi digital seperti kecerdasan buatan (AI) dan analisis data bagi menambah baik pengalaman pekerja.

Usaha itu akan memberi ruang kepada pengurusan sumber manusia mengoptimumkan pembangunan bakat.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Persidangan Strategi Pengurusan Sumber Manusia untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...