Home Nasional Orang Asli maut disondol babi hutan ketika memburu
Nasional

Orang Asli maut disondol babi hutan ketika memburu

Orang Asli maut disondol babi hutan ketika memburu

FOTO HIASAN

KUANTAN, 9 Januari- Seorang pemuda Orang Asli maut disondol babi hutan ketika berburu di kawasan Ladang Sawit Lombong Selinsing, Sungai Koyan, Lipis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Penguasan Polis (Supt) Ismail Man menerusi satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari ketika mangsa, Johan Yok Boi, 24, dari Pos Sinderut sedang berburu bersama empat rakannya.

\”Mangsa telah mendekati seekor babi hutan dan melontarkan lembing ke arah haiwan itu.

\”Bagaimanapun lembing itu tersasar, menyebabkan babi hutan berkenaan mengamuk dan mengejar mangsa yang cuba menyelamatkan diri dengan memanjat pokok sawit berdekatan,\” katanya.

Beliau berkata mangsa kemudian terjatuh dari pokok dan menyebabkannya diserang bertubi-tubi oleh haiwan itu hingga cedera parah pada bahagian paha.

Ismail berkata mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Koyan oleh rakannya sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lipis.

Bagaimanapun, pegawai perubatan kemudiannya mengesahkan mangsa meninggal dunia pada pukul 5.55 petang.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut akibat serangan haiwan liar.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...