Home Nasional Ops Darat: 50 ikan hiasan larangan dirampas
Nasional

Ops Darat: 50 ikan hiasan larangan dirampas

Ops Darat: 50 ikan hiasan larangan dirampas

Kakitangan Jabatan Perikanan Pulau Pinang menunjukkan ikan hiasan yang dirampas / Foto RTM

BUKIT MERTAJAM, 17 Oktober – Jabatan Perikanan Pulau Pinang merampas 50 ekor ikan hiasan larangan bernilai RM8,800 dalam operasi pemantauan Ops Darat, petang tadi.

Pengarah Jabatan Perikanan Pulau Pinang, Zarina Zainuddin berkata antara ikan yang dirampas adalah jenis Alligator Gar dan Flower Horn.

Katanya, rampasan terhadap ikan larangan itu melibatkan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

\”Kita khuatir sekiranya keadaan ini tidak dikawal. Jadi, pembeli-pembeli yang membeli ikan larangan yang ada di akuarium tanpa permit ini, apabila ikan tersebut membesar dan mereka tidak mampu menjaganya, mungkin mereka akan melepaskannya ke perairan umum. Perkara ini sangat bahaya dan boleh menjejaskan ekosistem sungai kita serta mengancam spesies asli sungai,\” katanya kepada pemberita, di sini.

Zarina turut mengingatkan semua pengusaha untuk tidak menjual atau memiliki ikan larangan tanpa permit yang sah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....