Home Nasional Ops Ambang Tahun Baharu: 25 kenderaan disita di Perak
Nasional

Ops Ambang Tahun Baharu: 25 kenderaan disita di Perak

Ops Ambang Tahun Baharu: 25 kenderaan disita di Perak

Foto FB JPJ Negeri Perak

IPOH, 1 Januari- Sebanyak 271 notis kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Ambang Tahun Baharu 2025, malam tadi.

Menurut Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan, sebanyak 25 buah kenderaan disita dalam operasi itu.

\”Berdasarkan kepada operasi yang dilaksanakan, JPJ telah mengesan lima kesalahan tertinggi. Antara kesalahan dikesan adalah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai kenderaan.

\”Secara keseluruhan, sebanyak 750 kenderaan diperiksa dalam operasi malam tadi,\” katanya pada sidang media Operasi Ambang Tahun Baharu 2025 di Meru Raya, di sini.

Sementara itu, mengulas mengenai Op Khas Motosikal yang dilaksanakan pada bulan November dan Disember 2024, sebanyak 24,683 kesalahan dikesan dengan 21,749 saman dikeluarkan.

Manakala bagi Ops Kenderaan Perdagangan, sejumlah 583 saman dan notis dikeluarkan JPJ Perak sepanjang enam hari operasi diadakan sejak 26 Disember lalu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....