Home Nasional Operasi TBC: JPJ Terengganu keluar 1,968 saman
Nasional

Operasi TBC: JPJ Terengganu keluar 1,968 saman

Operasi TBC: JPJ Terengganu keluar 1,968 saman

Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 29 Januari- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 1,968 saman menerusi operasi khas dan kempen keselamatan jalan raya bersempena dengan Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.

Menerusi operasi yang dijalankan bermula 20 hingga 27 Januari itu, JPJ Terengganu turut mengeluarkan 1,833 notis atas pelbagai kesalahan.

Pengarah JPJ Terengganu, Zamri Samion, berkata hasil pemeriksaan ke atas 19,597 kenderaan melibatkan 1,538 kenderaan yang diambil tindakan, dengan jumlah kesalahan sebanyak 3,266.

\”Ini termasuklah pemeriksaan ke atas 165 buah bas dalam tempoh tersebut, di mana 73 slip pemeriksaan dikeluarkan, meliputi satu kes masalah sistem brek dan empat kes membabitkan cermin retak melebihi enam inci,\” katanya selepas mengetuai operasi pemeriksaan ke atas bas ekspres di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini, malam tadi.

Pihaknya juga menjalankan pemeriksaan bas di tujuh depoh bermula 13 Januari hingga 19 Januari lalu bagi memastikan pengangkutan awam itu berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

Manakala, hasil pemeriksaan air kencing melibatkan saringan ke atas 50 pemandu bas dengan kerjasama anggota pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pula mendapati kesemuanya negatif daripada pengaruh dadah.

JPJ turut menjalankan aktiviti penyamaran terhadap bas ekspres di Terengganu.

\”16 anggota telah menjalankan penyamaran sepanjang pergerakan, pergi dan balik; melibatkan laluan Terengganu-Kota Bharu, Terengganu-Kuantan dan Terengganu-Kuala Lumpur.

\”Penumpang bas turut disaran membuat aduan secara terus kepada JPJ sekiranya mereka mendapati pemandu melakukan kesalahan ketika memandu bas ekspres ini,\” katanya lagi.

Pada operasi itu, pihaknya turut mengesan catatan buku log perjalanan sebuah bas ekspres dari Pasir Gudang, Johor yang gagal mengemas kini dan menyenarai nama pemandu kedua untuk ke destinasi seterusnya dari Kuala Terengganu ke Perlis.

\”Kita telah mengenal pasti sebuah bas yang gagal mengemas kini buku dan tiada pemandu kedua. Bas ini dilihat berisiko kerana telah menjalani perjalanan sejauh 648 kilometer dari Pasir Gudang ke Kuala Terengganu.

\”Bas ini dikatakan ingin meneruskan perjalanan ke Perlis. Oleh itu, kita telah menahan bas ini untuk memastikan mereka mematuhi syarat keperluan pemandu kedua dan juga kita akan membuat semakan terhadap aspek teknikal bas tersebut.

\”Selepas itu, kita akan memberi pelepasan ke atas bas berkenaan,\” tambahnya.

Sementara itu, menerusi operasi berkenaan, sembilan kesalahan utama dikesan di Terengganu seperti gagal mematuhi lampu isyarat merah, 373 kes dan tidak memakai topi keledar (197 kes).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....