Home Nasional Operasi SAR dua nelayan hilang di Pantai Kerachut dihentikan
Nasional

Operasi SAR dua nelayan hilang di Pantai Kerachut dihentikan

Operasi SAR dua nelayan hilang di Pantai Kerachut dihentikan

Pasukan penyelamat menjalankan operasi SAR Nor Hazrul Abdullah dan Ikmal Hakimi Ismail (foto kecil) yang hilang di Pantai Kerachut

BALIK PULAU, 21 Disember- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi dua nelayan yang hilang di perairan Pantai Kerachut di Kuala Sungai Pinang di sini dihentikan selepas lima hari usaha pencarian tidak menemui sebarang petunjuk baharu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Sazalee Adam berkata pasukan keselamatan telah menggerakkan aset pencarian sejauh 4,802 batu nautika dan 8,802 kilometer persegi namun gagal menemui kedua-dua mangsa.

\”Kedua-dua mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras ke sebelah utara. Kami telah berusaha sejauh mungkin, tetapi masih gagal mengesan mereka.

\”Kami akan meminta bantuan daripada negara jiran seperti Indonesia dan Thailand untuk mengesan mangsa,\” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Mangsa, Nor Hasrul Abdullah, 25, dari Paya Kongsi dan Muhamad Ikmal Hakimi Ismail, 22, dari Titi Teras dilaporkan hilang pada Isnin lalu selepas keluar melabuh pukat di perairan Pantai Kerachut.

Difahamkan, bot yang dinaiki kedua-dua nelayan itu mengalami kerosakan sebelum salah seorang mangsa sempat menghubungi ahli keluarga untuk memaklumkan situasi mereka.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....