Home Nasional Operasi SAR diteruskan, mangsa tanah jerlus belum ditemui
Nasional

Operasi SAR diteruskan, mangsa tanah jerlus belum ditemui

Operasi SAR diteruskan, mangsa tanah jerlus belum ditemui

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) akan diteruskan di lokasi kejadian tanah jerlus di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata setakat pukul 6 petang tadi, hanya dua lagi lurang kumbahan yang belum dibuka bagi operasi pencarian.

\”Setakat ini, mangsa belum ditemui. Kami akan teruskan pencarian melibatkan pihak-pihak bertanggungjawab. Inisiatif kami adalah untuk melihat dua lagi lurang kumbahan yang terakhir sebelum berpindah ke kolam. Jika tidak ditemui, kami akan berbincang mengenai tindakan seterusnya,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau lokasi insiden tanah jerlus di jalan Masjid India, di sini.

Semalam, seorang wanita warga India terperangkap dalam kejadian tersebut dan sehingga kini, mangsa masih gagal ditemukan.

Sementara itu, Dr.Zaliha memaklumkan bahawa pihaknya sedang menunggu laporan penuh mengenai operasi insiden tersebut.

Laporan penuh akan dikeluarkan selepas operasi SAR selesai dan tindakan seterusnya akan dibincangkan berdasarkan input daripada pihak-pihak terlibat.

\”Setelah operasi selesai dan laporan penuh diterima, kami akan melakukan pemetaan untuk memastikan kawasan ini selamat. Kami juga akan memastikan input dari semua pihak dipertimbangkan,\” katanya.

Dr. Zaliha turut meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu memberi sesi kaunseling kepada keluarga mangsa bagi memastikan kesejahteraan emosi mereka.

\”Saya juga akan melawat keluarga mangsa dan memastikan mereka mendapat bantuan yang diperlukan. Kaunseling akan diberikan untuk membantu mereka stabil,\” katanya.

Related Articles

Pilihan raya: Parti Pembangkang Lithunia bakal bentuk kerajaan
Nasional

Pilihan raya: Parti Pembangkang Lithunia bakal bentuk kerajaan

Pemimpin pembangkang Lithunia, Vilija Blinkeviciute /Foto REUTERSVILNIUS,13 Oktober 2023 – Pemimpin Parti...

Penduduk terjejas banjir di Perak meningkat kepada 625 Orang
Nasional

Penduduk terjejas banjir di Perak meningkat kepada 625 Orang

Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di Perak meningkat kepada 625 orang daripada...

Pasar Besar Kuala Krai terbakar, tiada kemalangan jiwa -Bomba
Nasional

Pasar Besar Kuala Krai terbakar, tiada kemalangan jiwa -Bomba

Api marak dalam kejadian kebakaran Pasar Besar Kuala Krai pada awal pagi...

Kuala Lumpur, Kedah diramal berlaku ribut petir petang ini
Nasional

Kuala Lumpur, Kedah diramal berlaku ribut petir petang ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Ribut petir dijangka melanda di beberapa tempat...