Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Operasi SAR diteruskan, mangsa tanah jerlus belum ditemui
Nasional

Operasi SAR diteruskan, mangsa tanah jerlus belum ditemui

Operasi SAR diteruskan, mangsa tanah jerlus belum ditemui

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) akan diteruskan di lokasi kejadian tanah jerlus di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata setakat pukul 6 petang tadi, hanya dua lagi lurang kumbahan yang belum dibuka bagi operasi pencarian.

\”Setakat ini, mangsa belum ditemui. Kami akan teruskan pencarian melibatkan pihak-pihak bertanggungjawab. Inisiatif kami adalah untuk melihat dua lagi lurang kumbahan yang terakhir sebelum berpindah ke kolam. Jika tidak ditemui, kami akan berbincang mengenai tindakan seterusnya,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau lokasi insiden tanah jerlus di jalan Masjid India, di sini.

Semalam, seorang wanita warga India terperangkap dalam kejadian tersebut dan sehingga kini, mangsa masih gagal ditemukan.

Sementara itu, Dr.Zaliha memaklumkan bahawa pihaknya sedang menunggu laporan penuh mengenai operasi insiden tersebut.

Laporan penuh akan dikeluarkan selepas operasi SAR selesai dan tindakan seterusnya akan dibincangkan berdasarkan input daripada pihak-pihak terlibat.

\”Setelah operasi selesai dan laporan penuh diterima, kami akan melakukan pemetaan untuk memastikan kawasan ini selamat. Kami juga akan memastikan input dari semua pihak dipertimbangkan,\” katanya.

Dr. Zaliha turut meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu memberi sesi kaunseling kepada keluarga mangsa bagi memastikan kesejahteraan emosi mereka.

\”Saya juga akan melawat keluarga mangsa dan memastikan mereka mendapat bantuan yang diperlukan. Kaunseling akan diberikan untuk membantu mereka stabil,\” katanya.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...