Home Nasional Operasi cari mangsa tanah jerlus masuk hari kelima
Nasional

Operasi cari mangsa tanah jerlus masuk hari kelima

Operasi cari mangsa tanah jerlus masuk hari kelima

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Ogos- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini memasuki hari kelima hari ini.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati seawal pada pukul 8.00 pagi pihak berkuasa terlibat dilihat mengadakan perbincangan dan penugasan untuk melaksanakan SAR berkenaan.

Difahamkan anak kepada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Surya, 26, berada di lokasi pencarian kira-kira pada pukul 9.00 pagi, bagi mengikuti perkembangan operasi.

Tinjauan di sekitar kawasan insiden turut mendapati kebanyakan premis perniagaan masih ditutup dan hanya segelintir peniaga memulakan operasi setakat pada pukul 9.00 pagi tadi, dan hampir 50 petugas media sudah berada di lokasi seawal pada pukul 8.00 pagi untuk mengikuti perkembangan lanjut pencarian.

Dalam kejadian Jumaat lepas, Vijayaletchumy yang berada dalam negara ini bersama keluarga untuk melancong, dikatakan dalam perjalanan ke sebuah kuil berhampiran apabila beliau terjatuh ke dalam lubang berkenaan dan terus hilang.- BERNAMA

BERITA BERKAITAN:

    • Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR guna kamera kesan mangsa
    • Operasi SAR diteruskan, mangsa tanah jerlus belum ditemui
    • Tanah jerlus: \’Manhole\’ penuh gas beracun – Bomba

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...