Home Nasional Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas
Nasional

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas

Foto MBAS

ALOR SETAR, 17 April-100 unit barang tarikh luput dan barang eksport tanpa kebenaran dirampas dalam Operasi Bersepadu Mega oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar.

Selain itu, tujuh premis telah diarah tutup serta merta selama 14 hari atas kesalahan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata, menerusi operasi tersebut, sebanyak 74 premis perniagaan telah diperiksa merangkumi premis makanan, kedai runcit dan pasar raya di sekitar Kota Setar.

\”Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan, PKD Kota Setar telah mengeluarkan sebanyak 74 notis atas pelbagai kesalahan, 100 unit barang tarikh luput dan barang export tanpa kebenaran telah dirampas.

\”Penutupan serta merta tujuh premis pula dilakukan bagi membolehkan pemilik premis tersebut membersihkan premis. MBAS turut mengeluarkan 23 kompaun dan satu notis atas pelbagai kesalahan.

\”Antaranya bahagian dapur dan tempat penyimpanan makanan kotor, tiada perangkap minyak untuk penapisan sisa buangan makanan, tiada lesen premis dan iklan serta tong sampah tidak tertutup semasa mengendalikan makanan,\” katanya menerusi kenyataan.

Tegas Abdul Gafar, PKD Kota Setar dan MBAS komited dalam memastikan setiap pemilik premis perniagaan menjaga kebersihan premis dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Katanya, operasi pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Justeru, semua pemilik premis perniagaan dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelak tindakan undang-undang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....