Friday , 20 September 2024
Home Nasional Operasi bersepadu khas, hampir 20,000 kenderaan diperiksa pada Julai 2024 – Anthony
Nasional

Operasi bersepadu khas, hampir 20,000 kenderaan diperiksa pada Julai 2024 – Anthony

Operasi bersepadu khas, hampir 20,000 kenderaan diperiksa pada Julai 2024 – Anthony

Foto RTM

GOMBAK, 6 Ogos– 19,456 kenderaan diperiksa pada Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Kenderaan Perkhidmatan Awam pada 2 hingga 31 Julai lalu.

Operasi turut merekodkan 1,600 notis kesalahan dikeluarkan, 667 kenderaan diambil tindakan dan 14 disita.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata menerusi operasi tersebut, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendapati 26 pemandu bas persiaran dan ekspres positif dadah, hasil ujian saringan air kencing ke atas 2,547 pemandu.

\”Pemandu-pemandu kenderaan perdagangan dan perkhidmatan awam yang didapati positif dadah boleh dikenakan tindakan bawah Seksyen 36 iaitu kuasa untuk menggantung lesen memandu penagih dadah.\”

\”Syarikat pengangkutan yang terbabit juga akan diambil tindakan penguatkuasaan yang tegas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang boleh membawa kepada penggantungan dan pembatalan syarikat pengendali,\” kata Anthony kepada pemberita, hari ini.

Beliau ditemui pemberita dalam sidang media selepas menghadiri Program Pematuhan Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Kenderaan Perkhidmatan Awam di Stesen Penguatkuasa JPJ Gombak.

Dalam pada itu, operasi khas melibatkan kenderaan perdagangan turut dilakukan bermula 1 Ogos lalu dan akan berakhir 31 Ogos depan.

Dalam tempoh 1 hingga 5 Ogos, sebanyak 42,343 kenderaan telah diperiksa.

Daripada jumlah itu, 9,088 notis telah dikeluarkan dengan 3,725 kenderaan telah diambil tindakan dan 28 disita.

JPJ menegaskan agar semua pemilik dan pemandu kenderaan pelancongan, perkhidmatan awam dan perdagangan agar sentiasa bertanggungjawab mematuhi peraturan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Operasi Bersepadu itu turut disertai oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), PLUS dan ANIH Berhad.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Laut Jabatan Laut Malaysia (JLM), Kapten Mohamad Halim Ahmed yang didakwa di Mahkamah Sesyen Khamis lalu telah diarahkan untuk mengambil cuti.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

\”Sebagai prosedur dalam perkhidmatan awam, beliau telah diminta bercuti, mengambil cuti dan mengosongkan pejabat beliau. Sementara kes beliau berjalan dalam mahkamah, beliau tidak akan melaporkan diri untuk bertugas,\” jelas Anthony.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...