Home Nasional Op Khas Motosikal: 1003 motosikal disita
Nasional

Op Khas Motosikal: 1003 motosikal disita

Op Khas Motosikal: 1003 motosikal disita

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undang JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan /Foto RTM

PASIR PUTEH, 3 November-Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat pemeriksaan terhadap hampir 12,300 kenderaan termasuk 6,756 membabitkan motosikal pada hari pertama Operasi Khas Motosikal yang dijalankan di seluruh negara, kelmarin.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undang JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 1,405 kenderaan diambil tindakan termasuk 1,003 membabitkan motosikal dan 15 kenderaan turut disita.

Katanya, kebanyakan kesalahan yang dikesan membabitkan motosikal adalah tiada lesen, motosikal tiada cukai jalan dan motosikal diubah suai secara ekstrem selain tidak mematuhi peraturan jalan raya.

\”Untuk kali ini kita akan mengambil tindakan yang drastik. Mana-mana penunggang motosikal yang tiada lesen memandu dan lesen jalan tamat tempoh lebih daripada seminggu, kita akan sita motosikal tersebut.

\”Dan mana-mana motosikal membuat pengubahsuaian ekstrem kita akan sita\”, katanya demikian selepas program Satu Kampung Satu Pemimpin Santuni MADANI 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....