Home Nasional Op Global: Polis buka kertas siasatan kes ugut Mufti Perlis
Nasional

Op Global: Polis buka kertas siasatan kes ugut Mufti Perlis

Op Global: Polis buka kertas siasatan kes ugut Mufti Perlis

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 September – Polis membuka kertas siasatan berhubung mesej ugutan diterima Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkait dengan kes GISB Holdings (GISBH).

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berdasarkan siasatan awal, Datuk Dr Mohd Asri menerima mesej daripada nombor tidak dikenali kira-kira pukul 8.56 pagi pada 21 September lepas.

\”Ada satu kertas siasatan berkenaan berlakunya mengugut atau mendatangkan ketakutan kepada Datuk Mufti Perlis. Kita buka di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan.\” katanya.

Tan Sri Razarudin berkata demikian pada sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, semalam.

Setakat ini, sebanyak 35 kertas siasatan dibuka ke atas semua tangkapan menerusi Op Global.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2021; Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; serta Seksyen 12 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Selain itu, Seksyen 506 Kanun Keseksaan; Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 298 Kanun Keseksaan; serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....