Home Nasional Op Ambang Tahun Baharu: 35 motosikal, sebuah kereta disita
Nasional

Op Ambang Tahun Baharu: 35 motosikal, sebuah kereta disita

Op Ambang Tahun Baharu: 35 motosikal, sebuah kereta disita

JPJ menyita motosikal yang diubah suai secara haram dalam Operasi Ambang Tahun Baharu di Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU, 1 Januari – Sebanyak 35 motosikal dan sebuah kereta disita dalam Operasi Khas Motosikal di negeri ini sempena ambang tahun baharu malam tadi.

Dalam operasi yang berlangsung pada pukul 8.00 pagi hingga 12 tengah malam itu, sebanyak 1,172 notis saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zamri Samion, terdapat peningkatan ketara kesalahan melibatkan pengubahsuaian haram kenderaan motosikal pada tahun ini.

Katanya, peningkatan ini turut dikesan dalam kalangan golongan lepasan sekolah serta mereka yang masih di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga, terutama ketika sambutan ambang tahun baharu.

Beliau berkata, kebimbangan pengubahsuaian haram ini menjadi titik permulaan kepada kesalahan yang boleh membawa kepada kemalangan jalan raya tanpa mengira usia.

\”Tujuan operasi ini bukan untuk menghukum, tetapi memberi kesedaran kepada masyarakat yang masih tidak menghormati undang-undang walaupun operasi seperti ini dilakukan saban tahun.

\”Dalam konteks motosikal ekstrem, perkara utama di bawah Kaedah 1996 CNU itu melibatkan pengubahsuaian yang berbahaya.

\”Antaranya, pengubahsuaian ‘swing arm’ yang mengubah struktur kenderaan secara total, ketiadaan brek, penggunaan tayar sotong atau tayar kecil, serta ketiadaan cermin sisi dan bunyi ekzos yang bising,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Operasi Ambang Tahun Baharu, di sini malam tadi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....