Tuesday , 24 December 2024
Home Nasional OIC sambut baik waran tangkap ICC berkenaan jenayah perang di Gaza
Nasional

OIC sambut baik waran tangkap ICC berkenaan jenayah perang di Gaza

OIC sambut baik waran tangkap ICC berkenaan jenayah perang di Gaza

FOTO REUTERS

ANKARA, 22 November- Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dalam satu kenyataan lewat Khamis, OIC menyifatkan langkah itu sebagai \”langkah penting ke arah menamatkan ‘kekebalan daripada hukuman’ yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad\” dan \”memulihkan keyakinan terhadap keadilan dan akauntabiliti antarabangsa.\”

Pertubuhan itu menegaskan bahawa keputusan berkenaan \”mewakili kemenangan bagi legitimasi antarabangsa dan kedaulatan undang-undang.\”

OIC turut menyeru komuniti antarabangsa, khususnya negara anggota Statut Rom, agar “menghormati dan melaksanakan keputusan penting ini.”

Selain itu, OIC menggesa Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk “mempercepatkan penghakiman mengenai dakwaan genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin.”

Dengan menekankan krisis kemanusiaan yang berterusan, OIC merayu kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) supaya “mengambil langkah segera dan berkesan untuk menguatkuasakan resolusinya.”

Pertubuhan itu juga menuntut “gencatan senjata menyeluruh dan kekal bagi menamatkan pencerobohan ketenteraan serta genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin” dan menyeru supaya “bantuan kemanusiaan sampai ke semua kawasan di Semenanjung Gaza tanpa halangan.”-BERNAMA-AA

Related Articles

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan
Nasional

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 Disember– Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) terus...

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh
Nasional

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh

Kemalangan di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dari Ayer Keroh...

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan
Nasional

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan

Enam individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), bas...

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024
Nasional

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024

Exco Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol /...