Home Nasional NS Seven Wonders Challenge bakal dimasukkan dalam kelender program Negeri
Nasional

NS Seven Wonders Challenge bakal dimasukkan dalam kelender program Negeri

NS Seven Wonders Challenge bakal dimasukkan dalam kelender program Negeri

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor

JEMPOL, 20 Julai-Kerajaan negeri berhasrat menambah kapasiti penyertaan program Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge pada masa akan datang.

Jelas Exco Pembangunan Belia dan Sukan, Mustapha Nagoor, program yang akan dimasukkan ke dalam kalendar program tahunan Negeri Sembilan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Meskipun kali pertama diadakan, ia menarik minat orang ramai, terutamanya bagi pencinta sukan rekreasi.

\”Kita akan mengkaji semua ini dalam siri kedua pada tahun hadapan kita akan tambahkan lagi peluang untuk lebih ramai lagi menyertai program ini.

\”Apa pun, kerajaan negeri ingin merakamkan jutaan terima kasih seluruh rakyat yang sambut baik matlamat kita untuk menggalakkan dan membudayakan sukan dalam kalangan rakyat\”, katanya demikian kepada RTM selepas merasmikan Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge di sini.

Seramai 1,200 penyertaan diterima kali ini yang diadakan di Bukit Penarikan, Jempol yang berketinggian 332 meter, juga merupakan lokasi ke empat program berkenaan.

Antara aktiviti lain yang turut diadakan adalah paragliding, pertandingan aerobithon dan kuiz.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....