Home Nasional NS FEST 2024 sasar lebih RM5 juta jualan produk usahawan
Nasional

NS FEST 2024 sasar lebih RM5 juta jualan produk usahawan

NS FEST 2024 sasar lebih RM5 juta jualan produk usahawan

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun/Foto RTM

SEREMBAN, 27 Julai-Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan lebih RM5 juta untuk penjualan hasil jualan produk usahawan di Negeri Sembilan Festival (NS FEST) 2024 berbanding RM2.3 juta tahun lalu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata tahun ini kesemua usahawan negeri, memberikan komitmen yang tinggi sepanjang lapan hari penganjuran NS FEST 2024 berlangung susulan sambutan yang menggalakan pada edisi 2023.

\”Sasaran kita dua kali ganda untuk semua masyarakat merasa hasil keluaran mereka bagi menjadi usahawan baik memperbaiki kualiti dan percaya kepada mereka (peniaga)\”, katanya ketika ditemui media selepas membuat tinjauan mesra di reruai NS Fest di sini.

Aminuddin turut terkejut dengan sambutan yang diberikan pengunjung terhadap program berkenaan dan yakin sasaran pengunjung seramai 700,000 orang mampu dicapai sebelum berakhirnya NS FEST 2024 nanti.

Negeri Sembilan Festival (NS FEST) 2024 yang berlangsung hari ini sehingga 3 Ogos di Dataran Nilai melibatkan kira-kira 250 reruai merangkumi reruai usahawan dan pameran dari kluster Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan (HPPN NS), Arena Usahawan, Jabatan, Agensi Negeri dan Persekutuan dan NS Food Festival.

Turut memeriahkan program adalah Perpatih Fest dan pameran Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Related Articles

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah
Nasional

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh / Foto Hiasan / FailTAWAU, 23 Mac...

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana
Nasional

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto HiasanKUALA...

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang
Nasional

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang

Foto APM KluangJOHOR BAHRU, 23 Mac – Jumlah penduduk terjejas banjir di...

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan
Nasional

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini...