Home Nasional NS FEST 2024 sasar 700,000 pengunjung
Nasional

NS FEST 2024 sasar 700,000 pengunjung

NS FEST 2024 sasar 700,000 pengunjung

Menteri Besar, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun/ BERNAMA

SEREMBAN, 24 Julai– Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan 700,000 pengunjung ke Negeri Sembilan Festival (NS FEST) 2024 yang akan berlangsung pada 27 Julai hingga 3 Ogos di Dataran Nilai.

Menteri Besar, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun berkata, tempoh penganjuran program kali ini dipanjangkan kepada lapan hari berbanding empat hari, sebelum ini.

Ini sekali gus memberikan pengunjung dari luar Negeri Sembilan untuk merasai sendiri kepelbagaian produk serta makanan dari Negeri Sembilan.

\”Projek jualan tempatan seperti buah durian, buah-buahan tempatan lain, baka ternakan, demo pertandingan masakan berindentitikan Negeri Sembilan seperti gulai kuning, pameran budaya warisan seperti Adat Perpatih. Lebih panjang untuk memberikan peluang kepada pengunjung bersesuaian dengan keperluan semua.

\”Kita juga akan melancarkan sambutan Hari Petani, Penternak dan Nelayan dan dalam masa yang sama kita juga adakan Pelancaran Beras Negeri Sembilan\”, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri.

Sebanyak 250 reruai disediakan merangkumi reruai usahawan dan pameran dari kluster Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan (HPPN NS), Arena Usahawan, Jabatan, Agensi Negeri dan Persekutuan dan NS Food Festival.

Turut memeriahkan program adalah Perpatih Fest dan pameran Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....