Home Nasional NS FEST 2024: Aminuddin sasar lebih 350,000 pengunjung
Nasional

NS FEST 2024: Aminuddin sasar lebih 350,000 pengunjung

NS FEST 2024: Aminuddin sasar lebih 350,000 pengunjung

Foto RTM

SEREMBAN, 19 Julai– Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan seramai 350,000 pengunjung ke Negeri Sembilan Festival (NS FEST) 2024 tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun berkata, tempoh penganjuran program kali ini dipanjangkan kepada lapan hari berbanding sebelumnya, empat hari.

\”Jadi, kita harap usahawan dan peniaga berpuas hati.Paling penting adalah pengunjung berpuas hati apa yang kita sajikan kepada mereka.

\”Jadi tanggungjawab NS FEST adalah memastikan kepuasan kehadiran pengunjung di samping Jualan Rahmah yang akan kita adakan daripada semasa ke semasa dan tidaklupa juga cabutan bertuah\”, katanya demikian selepas menyempurnakan pra pelancaran NS FEST di sini.

Sebanyak 250 reruai disediakan merangkumi reruai usahawan dan pameran dari kluster Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan (HPPN NS), Arena Usahawan, Jabatan, Agensi Negeri dan Persekutuan dan NS Food Festival.

Turut memeriahkan program adalah Perpatih Fest dan pameran Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...