Home Nasional NRES siasat dakwaan penipuan jualan tanah pusaka
Nasional

NRES siasat dakwaan penipuan jualan tanah pusaka

NRES siasat dakwaan penipuan jualan tanah pusaka

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad / Foto RTM

PUTRAJAYA, 20 Januari – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang menyiasat dakwaan kerugian RM500,000 yang dialami sebuah keluarga dalam penjualan tanah pusaka.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang didapati bersalah.

“Kita pandang serius isu ini. Sebab itu kerajaan memberi fokus kepada pelaksanaan sistem e-Tanah bagi mengurangkan campur tangan manusia dan risiko pemalsuan. Sistem ini masih dalam proses transisi, dan kita akan menyiasat setiap kes secara terperinci,” katanya pada sidang mediaselepas menghadiri Persidangan Akademi Hijau, di sini.

Nik Nazmi turut memaklumkan, isu penipuan tanah bukanlah perkara baharu, malah telah lama berlaku, termasuk di peringkat negeri dan pejabat tanah serta daerah.

“Kerajaan Persekutuan komited memastikan integriti sistem pentadbiran tanah terus dipelihara,” tambah Nik Nazmi.

Sistem e-Tanah, yang dibangunkan kerajaan untuk meminimumkan aktiviti penipuan dalam pemilikan tanah secara dalam talian, telah mula dilaksanakan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Perak, dan Selangor.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....