Home Nasional Nelayan hilang di Muara Sebuyau, SAR giat dijalankan
Nasional

Nelayan hilang di Muara Sebuyau, SAR giat dijalankan

Nelayan hilang di Muara Sebuyau, SAR giat dijalankan

Foto Ihsan JBPM Sarawak

SIMUNJAN, 14 Julai– Seorang nelayan dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan pada petang Jumaat lepas di Muara Sebuyau, Simunjan.

Menurut laporan pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, lokasi terakhir mangsa iaitu Ong Kim Huat, 65 tahun dikenal pasti di kawasan tersebut.

Perkara itu berdasarkan pesanan ringkas daripada aplikasi Whatsapp pada pukul 5.02 petang, yang dihantar mangsa kepada anaknya pada hari sama.

Mangsa dilaporkan keluar menangkap ikan pada 12 Julai lalu sekitar pukul 2.30 petang menggunakan bot miliknya dari Kampung Demak Baru, Fasa 1, Jalan Bako, Kuching.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan pagi tadi melibatkan pelbagai aset dan agensi termasuk pihak polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM).

Setakat pukul 1.30 petang tadi, mangsa belum ditemukan dan operasi masih giat dijalankan.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...